Thursday, December 25, 2008

Pentingnya Mengawal Emosi

Tahukah anda bahawa emosi yang tidak terkawal hanya akan merugikan diri sendiri. Selain menyebabkan anda kehabisan tenaga, anda mungkin akan dicap tidak kuat mental dan tidak dewasa. Makanya, jika anda diselubungi berbagai masalah, cubalah jangan hanyut dalam emosi, kawallah diri anda. Lebih baik anda cuba tenangkan diri dengan menarik nafas dalam-dalam. Dan berfikirlah lebih releks! Memang tidak mudah, tetapi kalau pandai mengelola dan mengawal emosi, anda akan merasakan manfaatnya.

Orang yang terlatih mengawal emosi umumnya tidak pernah panik dalam menghadapi situasi apapun. Perkara ini tentu cukup mempengaruhi kualiti kerja anda. Orang yang mampu mengawal emosi, umumnya dapat menjaga kualiti kerjanya dengan baik pula. Sebaliknya, jika anda bekerja dalam keadaan emosi yang tidak stabil, membuka peluang besar untuk melakukan kesalahan fatal.

Emosi yang terkawal dengan baik, dapat meningkatkan rasa ketenangan diri. Dengan emosi yang terjaga, ada lebih mudah melakukan tugas apapun dengan lebih baik. Dengan demikian anda yakin apapun yang akan anda hadapi dapat anda selesaikan semaksima mungkin. Perkara ini secara automatik akan menambah rasa kepercayaan diri. Dan tentu saja perkara ini amat diperlukan dalam dunia kerja bukan?

Perlu anda ketahui, emosi yang berlebihan akan mengerah nyaris seluruh tenaga anda, lebih dari kegiatan fizikal yang anda lakukan. Kerana emosi umumnya membuat fikiran anda meledak-ledak dan tanpa disedari membuat gerakan anda sukar dikawal. Nah emosi yang terkawal lebih menghemat tenaga anda. Sehingga anda tidak mudah lelah dan selalu siap dengan aktiviti sehari-harian.

Perkara yang amat menguntungkan, jika anda pandai mengelola dan mengawal emosi, anda akan lebih sihat baik dari segi fizikal mahupun mental. Coba lihat sahaja, orang yang sering dilanda emosi banyak dihinggapi penyakit. Selain penyakit mental seperti stress dan depresi, mereka juga dijangkiti penyakit fizikal yang cukup berat seperti hipertension, alergi, sakit kepala, migraine, dan lain-lain. Nah kalau anda terlatih mengawal emosi, stress dan segala macam penyakit ini akan menjauhi dari kehidupan anda. Fikiran dan fizikal anda pun lebih sihat. Lagipula kesihatan amat penting untuk membangun atau meningkatkan kerjaya bukan?

Dengan segala keuntungan mengawal emosi, secara automatik akan melancarkan segala aktiviti anda. Baik aktiviti peribadi mahupun kerjaya.

Maka, Mulai Sekarang Cubalah Belajar Mengawal Emosi!!!!


2 comments:

Awang Qaseh said...

aku nak blajar kawal emosi ngan kau bleh ck??..slame nih haku blajar kawal misi jerkk...khehehehe..erk!!..yuran takder kan??pree ek??..caaaayangggg..!!Cikgu Ku..CK

..aKu... said...

ler awat tk ley lakk hehehe...klu dpt kawal misi,jd senang laa kau nk kawal emosi..erkkk der kena mengena ker