Saturday, May 9, 2009

peristiwa gempar...

nama kejadian : Edisi Dewasa BBQ Dinner
tarikh kejadian : 1.5.09
tempat kejadian : De Palma, Shah Alam

pd hari buruh yg lepas kira2 seminggu yg lalu buat pertama kalinya..ED buat gathering..terharu haku akhrnya bjaya jgk dpt kumpulkn chaterzz ED nih...huhu beshh gak eihh buat mkn2 cm nih..dpt bknln antara 1 sama len (wlpn pd hakikatnya haku pemalu hehehe) mmg diluar jangkaan rmi gak yg minat nk attend majlis nih..kpd yg lain2 yg tk dpt dtg, insyaAllah nxt tem kita buat lagi..terima kaseh byk2 kt bro zam pasai dia sponsor sikit kita nye dinner nih, maklumlah jauh nuuunn di perantauan..macehh bro moga2 thun depan banjer lg ekekekeke...kpd team jawatankuasa majlis, ygdiperTUA merangkap bendahari(pkck JEY) dan AJK2 yg len (bgcet, suka & ck..aku la tuh(sebuk tul)) hehehe guyzzz next tem kita buat kt tempt yg lg beshh.. 

pe pun thanks guyss korang mmg beshhh...

Friday, May 1, 2009

jika terserempak...

Ikutlah petua ini sekiranya terserempak dengan hantu-hantu, kerana inilah kelemahan mereka. Selamat mencuba!



Pocong - Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya & tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa2 pun, selain kain kapan pembungkusnya itu.

Langsuir - Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir2 lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu2 malu.

Pontianak - Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya - Hantu ni suka beraya &suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja &aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah - Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.

Jerangkung - Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja & paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk & lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol - Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit 1 sen berguni2... nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah2lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit 1sen banyak2 tu...

Hantu Web - Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu2 ni cam korang lerrr... lepaih tu nengok web ni... macam sekarang nih... sah2 tengah baca artikel nie... macamana nak jawab... korang sendiri gak jadik hantu... jadi bawak2lah buat kerja ..... kui kui kui