Tuesday, January 27, 2009

citer antu...must read

Alert !! Kalau nak baca artikel ni biarlah bertemankan orang yang pandai memasak

Salmah

Salmah was driving down a winding road late at night. Her watch showed that it was already 12.05 in the morning. She saw no house, no car nothing beside the road. The only thing that she could see was a complete darkness.

Suddenly from far away, she saw a white figure standing by the side of the road. It was a young woman. Salmah could barely see her face as it was hidden beneath her very long hair. At first Salmah didn’t want to pick up this young woman because she was in hurry but suddenly she felt sorry to leave her alone in such a remote place. Salmah slowly stopped her car and rolled down the window.

” Dik nak tumpang..?Mehlah kakak hantar adik balik” Salmah asked her.

She said nothing but opened the back door of the car. Suddenly Salmah felt a sudden icy cold. She quickly turn on the heat but the chill remained. She look at the rear mirror and saw the women bending her head down with her hair covering almost part of her pale face.

“Adik buat ape malam malam buta ni..Tak elok anak dara dok sorang tengah2 malam ” Salmah tried to start conversation. Suddenly out of sudden the young woman replied with a very frightening voice..” Anda tahu masak nasi ayam masak merah agrh arg?!!” When Salmah look at the rear mirror she saw that the women was totally different from before. Her hair was expanded and her eyes started to grow larger than before. Salmah was totally freak out.

” Tak..tak tahu ..serius kakak tak tahu huhu..” Salmah replied in a helpless way. As she spoke she started to smell a stinky stench filling up the car.

” Apa tak tahu?!! Macam mane anak dara melayu tak tahu masak ayam masak merah?!!”The woman replied. Salmah saw her skin started to turn to black. Her fingernail started to grow infinitely.The young woman slowly approached Salmah from behind as she was waving her finger nail in front of Salmah( kasi gabra sikit) Salmah was totally out of control.

” Tau tahu….saya tentulah tahu macam mane nak masak ayam masak merah..kacang jer” Salmah replied but she realized that she knew nothing about how to cook ayam masak merah. Nevertheless when she was in form 3, she was in ERT class (ekonomi rumah tangga) and every person was required to learn some cooking. Therefore she hope that she can make up story so that she can save her life from this horrendous creature.

” So tell me how to cook it? The women replied back. Her voice was even closer. She could see her jaw filled with maggot and red blood. The woman was so near to Salmah that she even smelt her stinky mouth (lama tak gosok gigi kot). Salmah was totally freaked out.

” Mula mula ayam tu kene goreng dulu. Biasanye orang gune kunyitlah. Pastu tumis la bawang merah bawang putih ngan halia. Make sure asing asing sebab kalau mix up nanti tak berapa sedap. Pastu masuklah serbuk cili ngan air pastu tumis sampai naik minyak. Letak ayam dan biarkan selama beberapa minit. Bila dah naik minyak letaklah santan sikit. Biar selama beberapa minit sebelum dihidangkan bersama keluarga..” So far so good she said to herself..Salmah started to gain confidence in herself.

” Bagus2..tapi kamu lupa satu jer lagi..satu perkara yang akan membuatkan masakan anda digila ramai..hehehehe” The woman started to grab Salmah’s neck. Salmah could barely breath. Her life was on stack.

” Apa dia” Salmah asked in hysterical manner. The woman started to tighten her grip. Salmah knew for sure that this was the end of her life.

” Kalau nak lagi sedap..letaklah tomato puree. Nak guna sos ketchup pun boleh heheheheh. Berenti disini!!!”

Suddenly the car stopped immediately. Salmah turned around and saw the women dissappeared from her sight. On the back seat Salmah saw a stack of books entitled ” Mari memasak bersama Chef Wan siri Hari Raya special edition”, and also a note that wrote ” Bagi seorang suami masakan isterilah paling sedap walaupun hangus..”Salmah was totally freaked out when she saw a tombstone that dedicated to a woman who was killed in a horrible car accident seven year ago. When she looked at the picture patched on the tombstone…it was the picture of the same women who was in her car that tried to kill her!! Shaking with fear, Salmah quickly ignited her car and drove like crazy..From that moment Salmah swore that she will never drive alone without mastering her cooking skill…never

p/s moralnye belajarlah memasak inshaAllah..hehehehhe

Pergilah Kasih Pergilah Cinta

7 days to go..6 days to go..5 days to go..4 days to go..3 days to go..2 days to go..1 day to go..yg mati tgl nama, yg idup mesti teruskan bernafas..knp mesti ingat yg sudah tiada..arghhhh persetankan seme tuh(perghhh ayat ganaszzz)....

Ombak itu menggila
membawa badai bencana
memusnah segala ceria
merentap segala bahagia
menzahir segala derita

pergilah kasih pergilah cinta
lemparkan segala tangis duka
hati ini masih walang
hidup ini masih bergalang
ombak itu menggila
merentap senyum tawa
mendampar tangis nestapa

Aku laungkan segala rindu
Aku tangiskan segala sendu
pada laut pilu
mengapa ombak itu menggila
merentap nafas bahagia
menerjahkan segala sengsara

Pergilah kasih pergilah cinta
tinggalkan segala lara dunia
biar aku bujuk hati yang lara
tidak mengapa
biar aku tatap wajah duka
lirih mengutip serpihan bencana

Pergilah kasih pergilah cinta
doa diiring ke lautan pusara
aku harungi segala derita
tidak mengapa
biar gelodak segala rindu
biar melahar segala sendu
tidak mengapa
cinta ini aku titipkan
kasih ini aku layarkan
Al-Fatihah aku panjatkan
namamu biar aku pahatkan
dalam memori berjuta kenangan...

Friday, January 23, 2009

Petanda dia adalah jodoh kamu...

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki
usia hubungan yang panjang adalah dengan
adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu
dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau
besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu
dapat melalui segala aspek kehidupan secara
bersama-sama. Dan semuanya terasa amat
menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan
orang lain. Apakah kamu sudah merasakan
perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada
harapan bahawa dia adalah calon pendamping
hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau
tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan
adalah kemampuannya bersikap bersahaja di
depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah
gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya
rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya
mengesankan apa adanya? Apakah setiap
ucapannya selalu tampak spontan dan tidak
dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar
dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua
dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia
dapat saling membaca fikiran dan menduga
reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada
situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah
destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu
menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan
tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu
dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa
bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua
kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun.
Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam
hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah
pasangan yang berjodoh pasti tak takut
mengalami pasang-surut, suka-duka saat
bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah
dia orang pertama yang datang memberi bantuan
tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu
faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu
keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi.
Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga
kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat
bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-
malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau
begitu ini bererti dia sudah siap menerima
kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan
kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia.
Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di
depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun
tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama
dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya
kepada kamu tentang kelemahan dan
kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya
disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di
tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat
kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak
dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya,
maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan
sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya

~sumber dari kawan.net~

Wednesday, January 21, 2009

Tahukah Anda...

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.



Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.



Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.



Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.


Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.



Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.



Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Friday, January 16, 2009

Kawan yang paling baik ialah seseorang yg anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa dan kemudian pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah alami..

Its amazing how you can speak right to my heart
Without saying a word, you can light up the dark
Try as I may I could never explain
What I hear when you dont say a thing

The smile on your face lets me know that you need me
Theres a truth in your eyes saying youll never leave me
The touch of your hand says youll catch me when ever I fall
You say it best..when you say nothing at all

All day long I can hear people talking out loud
But when you hold me near, you drown out the crowd (the crowd)
Try as they may they can never define
Whats been said between your heart and mine

(you say it best when you say nothing at all
You say it best when you say nothing at all..)

The smile on your face
The truth in your eyes
The touch of your hand
Lets me know that you need me..

Wednesday, January 14, 2009

Tips for easy to move on after break-up

Break-ups for us especially on women seem to be nightmares. A lot of crying, sleepless nights and desperations are just some of the common effects of relationship break-ups. The hardest questions being asked is how to move on with life without him? Is there happiness after break-up? My answer is YES!!!

You must first understand that relationship break-ups are just a normal thing. That it can happen to anybody. Because not all relationship are made perfect and smooth. Problems and conflicts usually arise and if couples can't bear to handle these obstacles, a break-up will occur.

Women are born much sensitive than men. Mostly, in a relationship, its women who is deeply affected and have difficulty of moving on with life. I had relationship before and experience broken heart due to relationship break-up. But I can say that I was able to overcome that situation and went back to my normal life. How did I do that? Here's how:

1. I always pray to God whenever I feel so lonely. Whatever heartaches and worries that are boggling me were forwarded to Him. He is my source of strength.

2. I listen to good inspirational music and avoid listening to love songs. Gospel songs are good in healing sad feelings. It can also help me have a nice sleep.

3. I engage myself to lots of works. Being busy will give me no time to think about heartaches. Gardening or home crafts are great ideas to start with.

4. I go group dating with friends. Being with supportive friends will ease your ill feelings.

5. Don't pretend you don't know him or don't avoid talking about him for it will only prolong that recovery period. Its better that you will be used to discuss topic about him until everything becomes just a normal topic.

6. Keep yourself blooming. Develop more your beauty and health care. Don't let your heartaches ruin your personality.

7. Open your heart for a new relationship. Don't be afraid to love once more. Not all men are the same. Just be extra careful next time in choosing the right guy.

It is true that time will heal the wounds but it is also a fact that the person involved must do actions to make time do it.

Saturday, January 10, 2009

Secawan Kopi

Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar mereka di Universiti dahulu.

Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar kepada rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja ataupun kehidupan mereka.
Professor masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada yang kelihatan mahal.

Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.

Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu berkata:
"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi"

"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."

Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang berubah. Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita gagal untuk menikmati kopinya.
Nikmatilah kehidupan yang ada…



Dari Kekasih Utk Kekasih




Entah berapa kali
Kucuba membohong hati ku ini
Hebat dilanda
Rindu padamu
Namun semua alasan
Rapuh bagaikan awan berarak
Yang memang tidak pernah abadi
Dan terlalu cepatnya berlalu
Pabila di giring angin
Dan mudah pula layu
Selepas ia melimpahkan
Titis-titis ehsan

Kini hatiku sangat terdesak
Untuk memilikimu
Agar bisa aku meneruskan
Sisa-sisa hidupku ini
Seperti manusia yang punya kekasih
Yang punya kekasih

Wednesday, January 7, 2009

10 Hadiah Utama yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Tuesday, January 6, 2009

wedding of Nyum2... on 20/12/2008
(saepe dak yg pki tudung merah tuh eikk..kem salam kt dia yerr)

Sunday, January 4, 2009

Buat engkau tersenyum

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Sayang telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..


Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci ........

Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 5
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.

So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"

Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman
RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Citer 6
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 7
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Citer 8
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama
saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

kisah 2
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

kisah 4
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Saturday, January 3, 2009

Sifat & Fungsi Minda Separa Sedar

~~ di petik dr http://www.insan-luarbiasa.blogspot.com/ oleh Dr Zulkarnain MS~~



Minda sedar adalah minda logikal yang memberi sebab kepada sesuatu tindakan atau perkara di dalam minda. Minda ini berfungsi di dalam kawalan setiap manusia. Apabila anda ingin melakukan sesuatu, minda sedar akan memberikan sebab-sebab bagi tindakan yang diambil. Sebagai contohnya, anda memilih untuk membuka pintu, anda membeli dan membaca buku, anda memilih pasangan hidup, anda memandu kereta dan pelbagai pilihan yang anda lakukan.

Manakala, tanpa anda sedari dan di luar kawalan yang anda sedar, jantung anda beroperasi secara automatik, sistem perkumuhan dan ginjal berfungsi bagi mengeluarkan sisa-sia yang tidak diperlukan oleh badan dan sistem pernafasan beroperasi baki membekalkan oksigen yang diperlukan oleh sel-sel badan. Semua ini dikawal oleh minda separa sedar yang tidak berkait dengan minda sedar. Minda sedar anda tidak mampu mengawal operasi organ dan sistem yang dikawal oleh minda separa sedar. Cuba anda fikirkan persoalan berikut: (1) Mampukah minda sedar anda memberi arahan supaya jantung anda mengepam darah dengan laju atau menghentikan operasi buat seketika? (2) Mampukan minda sedar anda mengawal sistem pernafasan agar menghantar oksigen yang lebih ke otak? Jawapannya tidak. Tetapi, mesti ada pusat kawalan yang mengawal operasi setiap organ dan fungsi badan. Sistem kawalan inilah yang dinamakan minda separa sedar. Minda ini membentuk 90% dari keseluruhan operasi minda dan minda sedar hanya 10%.

Minda sedar berfungsi memberikan sebab bagi sesuatu tindakan atau perkara di bawah pertimbangan anda (atau dirujuk sebagai minda objektif). Manakala, penyimpanan maklumat dibuat oleh minda separa sedar (atau dirujuk sebagai minda subjektif). Juga, minda separa sedar yang memberikan tindakbalas emosi bagi sesuatu perkara. Anda tidak boleh mengawal emosi. Ianya datang dengan tanpa anda mampu mengawal. Perhatikan isu berikut: [1] Anda berjalan di bandar dan berselisih dengan seseorang asing. Tiba-tiba anda mengangkat kening atau anda memberi tindakbalas. Minda anda menyampaikan maklumat yang anda mengenali orang itu tanpa anda mengarahkan minda untuk berfikir. [2] Seorang rakan bercerita tentang kesusahan diri dan masalah yang melanda diri dan keluarganya. Tanpa anda kawal, anda menitiskan air mata atau begitu terharu dengan apa yang dialaminya. Semua ini terjadi tanpa anda kawal dan inilah antara tugas minda separa sedar.


Fungsi minda separa sedar adalah luas dan anda dimohon merujuk kepada artikel tulisan saya yang terdahulu iaitu berkaitan kapten dan krew kapal. Minda sedar adalah kapten dan minda separa sedar adalah krew kapal. Di dalam sebuah kapal hanya ada seorang kapten dan ramai krew kapal. Kapten dapat melihat sesuatu situasi dan memberi arahan kepada krew kapal. Jika arahannya betul, maka, kapal akan berlayar seperti dijangkakan. Manakala, arahan yang salah dari kapten akan diterima tanpa soal oleh krew dan kesannya ialah kapal akan tersasar atau berlaku bencana. Gambaran ini adalah konsisten dengan tugasan yang dilakukan oleh minda sedar dan minda separa sedar. Segala maklumat akan memasuki minda dan diterima oleh minda separa sedar tanpa mempersoalkan kebenaran, positif atau negatif dan baik atau buruk. Minda separa sedar akan menerima sesuatu tanpa memberi sebab-sebab atau mempersoalkannya sepertimana minda sedar. Jika sesuatu perkara baik atau positif diterima oleh minda sedar, ianya akan diterima seadanya oleh minda separa sedar. Begitu juga sebaliknya, jika sesuatu perkara tidak baik atau negatif diterima oleh minda sedar, ianya akan diterima oleh minda separa sedar tanpa banyak soal.


Kesimpulannya, minda separa sedar tidak akan membuktikan atau mempertimbangkan sesuatu maklumat atau perkara yang diterima oleh minda sedar . Sama ada baik atau buruk, benar atau salah. Minda separa sedar tidak membuat sebarang pilihan dan/atau perbandingan bagi proses memberi sebab bagi sesuatu. Minda separa sedar akan menerima sebarang cadangan walaupun ianya tidak benar. Jika, orang mengatakan anda tidak mampu melakukan sesuatu dan anda menerimanya, minda separa sedar akan percaya bahawa anda tidak mampu melakukannya dan menyimpan maklumat tersebut. Contoh lain ialah jika minda sedar anda berfikir bahawa diri anda lemah dan akan gagal melakukan perniagaan, minda separa sedar tidak akan mempersoalkannya dan akan menyimpan maklumat tersebut. Maklumat-maklumat negatif ini akan berada di dalam minda buat selama-lamanya sekiranya tiada usaha untuk mengeluarkannya.


Seawal tahun 1911, Dr. E. Claparde telah membuktikan kewujudan minda separa sedar melalui ujikaji ke atas seorang pesakit wanita. Pesakit tersebut mengalami kerosakan otak dan beliau tidak mempunyai memori atau ingatan. Beliau hanya bergantung kepada situasi atau peristiwa masa kini. Sekiranya pesakit itu menemui seseorang dan dalam masa 5 minit seterusnya menemui orang yang sama sekali lagi, pesakit ini akan memberi tanda hormat seolah-olah tidak pernah bertemu dengannya. Di dalam ujikajinya, Dr. Claparde menyorokkan pin tajam di tapak tangan dan bersalaman dengan pesakit tersebut. Tindak balas spontan iaitu pesakit itu menjerit kesakitan terkena pin tajam Dr. Claparde. Pada pertemuan berikutnya, pesakit tersebut tidak menunjukkan sebarang reaksi dan memberi penghormatan seperti biasa seperti berjumpa dengan orang asing. Tetapi, yang berbeza pada kali ini ialah beliau tidak bersalaman dengan Dr. Claparde. Apabila ditanya mengapa beliau tidak bersalaman, pesakit tersebut tidak memberi sebarang jawapan. Di dalam kes ini minda separa sedarnya melindungi beliau dari pengalaman kesakitan.


Bilakah minda separa sedar beroperasi? Sebenarnya kedua-dua minda beroperasi serentak, tetapi, minda subjektif (minda separa sedar) beroperasi dengan berkesan apabila minda sedar tidak berfungsi seperti ketika anda mengantuk dan hampir tidur atau ketika anda mengelamun. Minda separa sedar tidak menggunakan organ penglihatan bagi melihat sesuatu. Ianya boleh keluar dari tubuh dan pergi jauh untuk mendapatkan maklumat. Perkara ini terjadi pada J. K. Rowlings yang mendapat idea Harry Porter. Minda separa sedar boleh memahami apa yang orang lain fikirkan, menggambarkan kandungan sesebuah kotak yang tertutup atau mengagak kandungan memori komputer tanpa perlu melayari memori komputer tersebut. Maka, minda separa sedar adalah sangat penting dan besar kegunaannya jika kita tahu bagaimana ianya beroperasi dan bagaimana memanipulasinya untuk mencapai apa yang kita kehendaki.

Thursday, January 1, 2009

Final Paper Math.

huhu sadis2

Wanita & warna...


UNGU
Wanita yang suka warna ungu adalah:

Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah. Penuh inisiatif, Pandai tetapi tidak emosi, Dingin dan kehendaknya meluap-luap, Jarang berjaya.


HITAM
Wanita yang suka warna hitam adalah:
Seorang yang suka bermurung, Prihatin, Kuat menghadapi petaka apa sahaja, Tidak mudah terpengaruh, Setia pada suami, Hatinya baik dan cepat tersinggung.

BIRU MUDA
Wanita yang suka warna biru muda adalah:

Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah, Suka berkorban peranan, Cerdas, Pandai dan berotak berlian.


KELABU
Wanita yang suka warna kelabu adalah:

Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis, Sabar, Tenang tetapi hatinya suka mengembara, Suka mengada-ngada dan gossip.


MERAH
Wanita yang suka warna merah adalah:
Seorang yang berwatak berani, Emosional dan tegas, Tamak serta serakah, Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.


BIRU
Wanita yang suka warna biru adalah:

Seorang yang setia pada suami,
Senang pegang wang, Kuat kemahuan, Berterus terang dan jujur, Cepat memberi maaf dan tegas.


KUNING
Wanita yang suka warna kuning adalah:

Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca, Tekun dan cerdas, Tabah menghadapi cabaran.


PUTIH
Wanita yang suka warna putih adalah:

Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih,
Fikirannya tidak banyak prasangka, Berkata benar, jujur dan rendah hati, Ramah dan bersopan-santun, Kuat menerima ilmu, Damai dan berubah alam fikirannya, Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.


COKLAT
Wanita yang suka warna coklat adalah:

Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri, Sopan dan halus budi, Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.


HIJAU
Wanita yang suka warna hijau adalah:

Seorang yang subur dan damai,
Cintakan kebahagian, Tidak suka perang, Patuh pada agama, Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot.



~~wahai wanita-wanita sekalian warna apakah yg korang suka..belek2 mungkin sama dgn karektor korg~~