Thursday, November 27, 2008

korg bygkn ler dgn keadaan cm nih (gbr) nk pindah gak dlm ms tdkt..cuba korg pk boley ke siap dlm semgu????pening..pening..sakit pala ngn bdn betul laa

Sunday, November 23, 2008

Setiap hadiah yang anda beri kepada kekasih/kawan anda mempunyai maksud yang tersirat...
JAM TANGAN=Tanda meningati setiap masa dan waktu.
CINCIN=Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG=Tanda mesra
RANTAI LEHER=Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG=Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT=Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN=Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG=Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI=Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR=Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU=Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA=Tanda perkenalan/sayang.
SEJADAH DAN ALQURAN=tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
HANDPHONE=

Tandanya=

kau jangan lari dari ku.......

aku kan cari kamu walau dimanapun...

melainkan kalau handphone tu ditutup....

karangan budak tingkatan 3 "kemalangan yang paling ngeri"

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.

Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati..

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.



note: huhu sadis aku bc nye...korg paham tak citer nih

Saturday, November 22, 2008

Mengapa kita menutup mata ketika kita tidur? Ketika kita menangis? Ketika kita membayangkan sesuatu?
Itu kerana hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT…

Ketika kita menemui seseorang yang keunikannya SEIRING dengan kita, kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan CINTA.

Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan…
Tetapi ingatlah… melepaskan BUKAN akhir sebuah dunia, melainkan awal suatu kehidupan yang baru.

KEBAHAGIAAN ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti & mereka yang telah mencari…serta mereka yang telah mencuba, Kerana MEREKALAH yang boleh menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka…

CINTA yang AGUNG...
adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya. ..
adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia...
adalah ketika dia mulai MENCINTAI orang lain dan kamu MASIH boleh tersenyum seraya berkata
‘Aku turut berbahagia untukmu’.

Apabila CINTA tidak berhasil…BEBASKANLAH dirimu…biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas. Ingatlah… bahawa kamu mungkin menemui CINTA dan kehilangannya tapi ketika CINTA itu mati, kamu TIDAK perlu mati bersamanya…

Orang yang kuat BUKAN mereka yang selalu menang, MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kamu buat.

TEMAN SEJATI… mengerti ketika kamu berkata ‘aku lupa..’,
menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘tunggu sebentar’.
Tetap tinggal ketika kamu berkata ‘tinggalkan aku sendiri’.
Membuka pintu meski kamu BELUM menutup dan berkata ‘bolehkah saya masuk?’.

MENCINTAI…
BUKANlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN.
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu MENGERTI.
BUKANlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu RASAKAN.
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu BERTAHAN.
Lebih bahaya mencucurkan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang.

Dalam urusan CINTA, kita SANGAT JARANG menang.. Tetapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya kerana kamu berbahagia dapat MENCINTAI seseorang…LEBIH dari kamu MENCINTAI dirimu sendiri.

Akan tiba saatnya di mana kamu harus berhenti MENCINTAI seseorang BUKAN kerana orang itu berhenti MENCINTAI kita, MELAINKAN kerana kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

Apabila kamu benar-benar MENCINTAI seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahwa melepaskan SELALU bererti kamu benar-benar MENCINTAI. MELAINKAN… BERJUANGLAH demi CINTAMU. Itulah CINTA SEJATI.

Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan, DARIPADA berjalan bersama orang ‘yang tersedia’. Kadang kala, orang yang kamu CINTAI adalah orang yang PALING menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang menangis bersamamu adalah CINTA yang tidak kamu sedari.


p/s: CINTA itu luas makna & pengertiannya. .... take care of yourself



Saturday, November 8, 2008

laWaK2

kisah 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.


kisah 2
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1.
Girl: Will you love me after marriage also?
Boy: This depends on your husband, if he allows me.

~~~~~~
2.
Doctor: your husband needs rest and peace. Here are some sleeping pills.
Wife: When must I give them to him?
Doctor: They are for you.

~~~~~~
3.
God saw me hungry, he created pizza. He saw me thirsty, he created Pepsi.
He saw me in dark, he created light. He saw me without problems, he created
YOU.

~~~~~~
4.
The children were lined up in the cafeteria of a Catholic elementary School for Lunch. At the head of the table was a large pile of apples. The nun Made a note,
And posted on the apple tray 'Take only one. God is watching.' Moving further
Along the lunch line, at the other end of the table was a large pile Of chocolate Chip cookies. A child had written a note, 'Take all you want. God is watching The apples.'

~~~~~~
5.
One Early morning a mother went to her sleeping son and woke him up.
MOM : 'Wake up, son. It's time to go to school.'
SON : 'But why, Mama? I don't want to go to school.'
MOM : 'Give me two reasons why you don't want to go to school.'
SON : 'One, all the chilldren hate me. Two, all the teachers hate me.'
MOM : 'Oh! that's not a reason. Come on, you have to go to school.'
SON : 'Give me two good reasons WHY I *should* go to school?'
MOM : 'One, you are FIFTY-TWO years old and should understand
Your responsibilities. Two, you are the PRINCIPAL of the school.

~~~~~~
6.
What are the three fastest ways of communication? Three fastest means of communication in the world. Tele-phone Tele-vision Tell-a-woman. You still want faster? Tell her not to tell anyone :)

~~~~~~
7.
A man is dying of Cancer. His son asked him, 'Dad, why do u keep telling People u're dying of AIDS?'
Answer: 'So when I'm dead no one will dare touch ur mom!'


lawak-lawak korang gelak laaaa yerk



Friday, November 7, 2008

Lahai tempat sapo nih, sepah2 nye..buat keje ke buat2 keje
cam bru lepas kena rampok huhhuhu