Friday, August 7, 2009

Kenapa wanita suka berbohong???

Umumnya,wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tujun atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran.Terdapat beberapa alasan yg mendorong mrk melakukan hal ini.

1. Balas dendam
Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat drpd kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri menghadapi situasi pembohongan yg dilakukan kekasihnya. Malah dia juga berani melakukannya dgn secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih
Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai & dihargai. Apatah lagi mengharapkan sebuah percintaan yg tiada titik noktahnya. Lebih2 lagi drpd insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dlm hidup kamu & bukannya, berada di tangga ke2 atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali2 mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan
Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yg patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kpdnya. Mungkin pda awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yg dapat menghargai dirinya yg jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar
Wanita begitu gemar hal-hal yg remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati2 bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yg remeh. Apatah lagi apabila selama ini, sidia selalu mengurus hal yg melibatkan pengorbanan demi kekasihnya. Sekiranya, kamu tak pernah sesekali menghargai apa yg dia lakukan untuk kamu & mengabaikan hal2 yg dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yg hebat.

5. Seks
Meskipun kamu tak memberikan perhatian yg sepenuhnya terhadap sidia, ketidakpuasan dlm urusan seks mampu memberi kesan yg mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dlm perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jln penyelesaiannya (^_^)

6. Cadangan
Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari2 mendatang sebelum mampu bangkit semula utk hidup gembira. Ini krn, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar2 mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dgnnya segera.

7. Jejaka bermasalah
Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yg membuatkan pasangan merasakan kamu tak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yg sudah tentunya tak lepas drpd kekangan masalah, kamu juga harus menangani sikap kekasih yg semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yg memulakannya dahulu. BIASANYA wanita akan mencari jalan penyelesaiannya sendiri apabila berhadapan dgn masalah cinta.

8. Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya, tika menjalani hubungan dgn pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yg penuh komitmen, iaitu hubungan yg diakhiri dgn keputusan membanggakan. Apabila sudah lama menjalinkan cinta, tetapi tiada keputusan utk kejinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tak lagi menginginkan dia dlm hidupnya. Jadi, utk apa menunggu kamu dgn lebih lama?

9. Bosan
Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dlm rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yg dijalinkan itu begitu membosankan. Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yg diharapkan & waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yg tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan & selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa tika menjalin hubungan dgn kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama & terasa begitu terikat dgn kamu. Tak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana & ke sini, dia mula bersikap dingin krn sudah menyerahkan seluruh perasaannya kpd insan lain.


~di petik dr tagged. thx sir ^_^~

No comments: