Tuesday, October 7, 2008

Kita Cuba Yang Terbaik

Aku masih fikir kita tidak serasi banyak perbezaan antara kita yang telah mencetuskan perselisihan lampau namun kau masih bertegas untuk mencuba sekali lagi

Mungkin itulah yang terbaik memulakannya dari titik awal berusaha mengenali hati budi kembali dan cuba melangkah setapak ke depan maju dan mara ke hadapan bukan memandang ke belakang mengungkit kesilapan silam

Kita cuba yang terbaik, teman kerana aku berpegang pada kata-katamu
"Mungkin aku bukan yang terbaik untukmu namun kucuba menjadi yang terbaik jika bukan untuk kamu sekurang-kurangnya aku melakukannya untuk diriku sendiri dan untuk Tuhan memperbaiki kelemahan diri"

Jika kita berjaya mengharunginya aku reda menerimamu kembali namun jika kita kecundang aku kan pasrah dan berhenti berharap antara kita mungkin tiada jodoh kembalilah pada ketentuan Tuhan kerana siapa kita mahu mempertikaikan?

No comments: